Rabu, 1 April 2015

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1-Komputer ialah sejenis alat yang mengendalikan output,input,storan dan pemprosesan.

2-Komputer ialah teknologi yang digunakan untuk pemprosesan data,menyimpan atau untuk mendapatkan matlumat tanpa mengira waktu dan tempat.

3-Perkakasan komputer adalah seperti berikut:
  • unit pemprosesan pusat CPU
  • ingatan CAM
  • cakera keras HDD
  • papan kekunci
  • tetikus
4-Perisian komputer terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  • perisisan sistem
  • perisisan aplikasi
5- Perisian sistem ialah aturan yang mengurus dan mengatur sumber,operasi sistem dan rangkaian komputer.

6-Perisian aplikasi ialah aturcara yang mengenal pasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan masalah dan tugas-tugas tertentu.

7-Contoh perisian aplikasi ialah microsoftoffice,pelayar web(mozila,netscape dan safari).

8-Kebaikan menggunakan rangkaian komputer ialah:
  • Berkongsi fail
  • Memindahkan fail
  • Berkongsi perisian dan mengurangkan kos
  • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
9-Pemprosesan ialah:alat untuk melaksanakan asas seperti tambah,tolak,darab dan sebagainya.

10-Peranti storan terbahagi kepada dua iaitu:
  • primer
  • sekunder
11-Storan primer ialah:
  • cip memori dibaca dan ditukis oleh pemproses
  • data hilang apabila kuasa komputer diputuskan
  • 3 jenis RAM iaitu DRAM,SRAM,MRAM
12-Storan sekunder ialah:
  • kekal disimpan walaupun diputuskan
  • alat yang sering digunakn oleh storan sekunder vakera liut,CD ROM, thumdrive.
13-Peranti input ialah:
  • memasukkan data dalam komputer
  • sebagai penyalur membolehkan pengguna memberi arahan
14-Peranti output ialah:
  • data dapat dikeluarkan dan dibaca oleh komputer
  • boleh dibaca dalam  teks,imej dan grafik
15-Printer juga antara rangkaian kepada komputer.Printer terbahagi kepada tiga iaitu:
  • dot matrix printer
  • pancutan dakwat
  • laser printer


Isnin, 30 Mac 2015

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,

atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)
Berikut adalah bahagian-bahagian berkaitan aurat wanita, dan dalil ringkas mengenainya :
1. Bulu Kening
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
2. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
3. Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (An-Nur : 31)
5. Gigi
Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (Suara)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.” (An Nur : 31).
“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar)
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
“Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahad, 29 Mac 2015

Mutiara Kata Imam Hasan Al-Basri

“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Imam Hasan Al-Basri adalah salah seorang daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.
Beliau pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; “Ya Allah, jadikanlah Dia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya”.
Imam Hasan Al-Basri menduduki Iraq iaitu di kota Basrah disanalah berkembangnya ilmu fiqh yang hebat. Kata-katanya sering dijadikan teladan ummat yang terkemudian, diantaranya:
Mutiara Kata Pertama.

‘Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebahagian dari diri kalian pun ikut pergi’.
Memahami kata-kata ini, kita yakin dan sedar kepentingan masa yang terlalu singkat dan bermakna, samalah satu kata hikmah mutiara dari imam hassan al-banna, kewajiban adalah lebih banyak daripada masa.
Masa samalah seperti hari yang bakal kita lalui esok, lusa, minggu depan dan tahun depan dan seterusnya, mungkin sebelum ini ada yang belum berkahwin, rupa-rupanya sekarang mereka sudah melaluinya, mungkin pada masa ini kita jarang menunaikan ibadah dengan khusyu’ rupa-rupanya nanti kitalah orang yang paling menyesal di saat ajal makin hampir. Muhasabah, muhasabahlah.
Awaslah kita dengan kecurian, terutama kecurian masa!
Tertarik dengan kata-kata dari Ustaz Khairul Anuar Reduan Calon Phd Ilmu Hadis Universiti Wise Jordan iaitu, mahu melihat seorang pemuda yang hebat, lihatlah pada waktu beliau menjaga waktu solatnya, kalau dijaga waktu solatnya, jangan diabaikan bersahabat dengannya, kerana masa kita pasti terjaga.
Solat..solat..solat, teman-teman intabih (ingat)lah! Jagalah solat kita, masa kita sering berubah, namun solat bukan alasan untuk ditinggal, bukan kerana kita punyai 4 musim yang Allah ciptakan, musim panas, salji, luruh, dan bunga..lihat saja contoh dalam satu mazhab yang lain iaitu Imam abu hanifah[mazhab hanafi] begitu menekankan solat berjemaah sehinggakan pandangan ulama’ menyatakan jika hujan turun hendaklah dijamakkan solat yang empat rakaat, iaitulah zuhur dan asar, maghrib dan isya’.
Ambillah kebaikan itu dari satu sudut, mereka tidak mengabaikan waktu berjemaah di Masjid, subhanallah, inilah yang para pemuda wajib contohinya.
Solat berjemaah menyatukan mukmin dan mukminat.
Solat berjemaah menjadikan hati kita lebih khusyu’ untuk menghadap Allah SWT.
Solat berjemaah menguatkan kesatuan Ummat Islam yang digeruni musuh-musuh Islam.
Kehidupan yang baik dillihat pada diri seorang insan yang mampu menjaga Solat Jemaahnya.
Mutiara Kata Kedua.

‘Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.’
Mendalami kata-kata ini, membuatkan perasaan kita menjadi gerun, bahkan kalaulah diambilberat dengan kalam mutiara ini, ummat Islam paling meruncing tahap kesibukannya, mengalahkan raja atau perdana menteri pun ada!
Walhal Allah Subhanahu Wa Ta’ala menetapkan setiap manusia agar sering beribadah kepadaNya, buatlah apa jua kerja yang penting ada nilai Ibadah disisiNya, terutama apa yang dilakukannya itu kerja-kerja perjuangan, dari sekecil-kecil hal hinggalah Islam mencapai kesyumulannya ia adalah Ibadah disisiNya.
Bagi kita penuntut Ilmu Agama Allah, lagilah perlu menyibukkan diri dengan memahami Ilmu-ilmu yang terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia ini, bahkan lebih dari itu, tak cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama’ tapi kita yang sibuk dengan urusan yang melalaikan diri. Usah kita menyesal di kemudian hari.
Teruskan berjuang wahai penuntut Ilmu Agama Allah. We can do its!
Setiap kepahitan pasti ada kemanisan..Usah bersedih duhai insan..Sesungguhnya Allah bersama kita....

Khamis, 26 Mac 2015


Assalamualaikum wbt...salam jumaat dari ana..Sedikit perkongsian dari ana pada hari ini...
Sedikit tazkirah pendek yang dapat dikongsikan bersama iaitu mengenai AGAMA ITU NASIHAT

SATU HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM

Dari Abi Ruqoyyah Tamim bin Aus Ad-Daari R.A.Bahawasanya Nabi SAW bersabda:agama itu nasihat.Kami bertanya:Bagi siapa?Baginda bersabda: untuk Allah  dan Kitabnya dan bagi RasulNya dan imam-imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka..

huraian dan pengajaran:

1-Hadis ini walaupon ringkas,namun ia lengkap dan sempurna kerana maksudnya adalah menerangkan nasihat agama yang berkaitan dengan kepercayyan dan hubungan antara sesama muslim dalam perkara yang bertalian dengan kebaikan bersama dalam agama Islam..Agama adalah nasihat bererti Agama itu terletak pada nasihat yang mengandungi taat kepada ALLAH DAN RASULNYA,beriman serta beramal dengan KITABNYA DAN SUNNAH RASULNYA..

2. Nasihat yang terkandung dalam hadis ini ialah:


nasihat bagi Allah,KitabNYA dan Rasulnya:bermaksud beriman kpdNya menurut pengertian yang sebenarnya serta menghapuskan sebarang sifat dan bentuk penyekutuan bagiNya dalam iktikad dan ibadat sera beramal menurut yang diperintahkanNya dan meninggalkan segala larangannya..


Rabu, 25 Mac 2015

Kami hidup bersama Rasulullah saw dan kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi, kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu.”— [ Khalid Ibn Walid ]

~Ayyuhan naas...sollu 3la an-Nabi..~