Assalamualaikum wbt...salam jumaat dari ana..Sedikit perkongsian dari ana pada hari ini...
Sedikit tazkirah pendek yang dapat dikongsikan bersama iaitu mengenai AGAMA ITU NASIHAT
SATU HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM
Dari Abi Ruqoyyah Tamim bin Aus Ad-Daari R.A.Bahawasanya Nabi SAW bersabda:agama itu nasihat.Kami bertanya:Bagi siapa?Baginda bersabda: untuk Allah dan Kitabnya dan bagi RasulNya dan imam-imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka..
huraian dan pengajaran:
1-Hadis ini walaupon ringkas,namun ia lengkap dan sempurna kerana maksudnya adalah menerangkan nasihat agama yang berkaitan dengan kepercayyan dan hubungan antara sesama muslim dalam perkara yang bertalian dengan kebaikan bersama dalam agama Islam..Agama adalah nasihat bererti Agama itu terletak pada nasihat yang mengandungi taat kepada ALLAH DAN RASULNYA,beriman serta beramal dengan KITABNYA DAN SUNNAH RASULNYA..
2. Nasihat yang terkandung dalam hadis ini ialah:
nasihat bagi Allah,KitabNYA dan Rasulnya:bermaksud beriman kpdNya menurut pengertian yang sebenarnya serta menghapuskan sebarang sifat dan bentuk penyekutuan bagiNya dalam iktikad dan ibadat sera beramal menurut yang diperintahkanNya dan meninggalkan segala larangannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan